JANIN DALAM KANDUNGAN
seorang yang tabah dari segi luaran, tetapi begitu sensitif, pemalu, apabila bertemu seseorang buat kali pertama, tetapi lama-kelamaan menjadi biasa.
bilangan wanita tidur dengan cara ini dua kali ganda lebih banyak, berbanding lelaki.
MENGIRING DAN TANGAN MENGHALA KE HADAPAN
seorang yang terbuka, tetapi sinikal dan mudah sangsi terhadap orang lain, lambat membuat sesuatu keputusan, tetapi sukar mengubah keputusan yang telah dibuat.
TENTERA
tergolong sebagai pendiam, tidak banyak bercakap untuk melahirkan idea atau perasaannya, tidak suka heboh-heboh tentang sesuatu perkara, tetapi pada masa yang sama meletakkan diri pada satu piawaian yang tinggi.
JATUH BEBAS
mudah berkawan dengan sesiapa saja dan suka bertindak melulu, perasaan mudah tegang dan cepat tersinggung, tidak suka dikritik atau situasi yang ekstrem.
TAPAK SULAIMAN
boleh dijadikan kawan kerana selalu sedia menjadi pendengar yang baik dan sentiasa membantu jika perlukan pertolongan, tidak suka jika menjadi perhatian orang lain.
MENELENTANG DENGAN KAKI DAN TANGAN YANG TERBUKA LUAS
seorang yang suka kebebasan dan seorang kekasih yang menyenangkan hati, seorang yang boros, cuma anda bernasib baik kerana berpendapatan lumayan, suka menjaga tepi kain orang dan seronok bergosip.
MENELENTANG DAN KAKI BERSILANG
seorang yang memikirkan tentang dirinya dan sukar menerima perubahan, suka bersendirian tetapi seorang yang boleh bertolak ansur.
MENELENTANG DENGAN KEDUA-DUA BELAH TANGAN DILETAKKAN DIBAWAH KEPALA
mempunyai tahap kebijaksanaan yang tinggi dan bersemangat belajar tentang sesuatu, ada kalanya anda mempunyai banyak idea yang pelik sehingga menyukarkan orang lain mengikutinya, bertanggungjawab terhadap keluarga, sukar jatuh cinta dengan sesiapa atau mungkin kerana anda seorang yang pemilih.
TIDUR MENIARAP DAN KEDUA-DUA BELAH TANGAN DI ANGKAT DAN BENGKOK SEDIKIT
seorang yang tidak berfikiran terbuka, tidak mempedulikan hal orang lain, selalu memaksa orang lain supaya memenuhi keperluan anda, selalu tidak berhati-hati dan kurang teratur.
TIDUR DENGAN CARA SISI
seorang yang berkeyakinan, dapat melihat kejayaan dalam apa juga yang anda lakukan.


