Friday, June 13, 2008
SEMUA TENTANG LAPAN
JENIS-JENIS SYURGA
1- Darul Jalal (daripada lukluk (mutiara yang putih)
2- Darus Salam (daripada ya'qut yang merah)
3- Jannatul Makwa (daripada zabarjad yang hijau)
4- Jannatul Khuld (daripada marjan yang kuning)
5- Jannatun Na'im (daripada perak yang putih)
6- Jannatul Firdaus (daripada emas yang merah)
7- Jannatu 'Adni (daripada mutiara yang putih)
8- Darul Qarar (tempat tinggal yang kekal)
MINUMAN DI SYURGA
1- Air betul
2- Susu (laban)
3- Arak
4- Madu
5- Salsabil
6- Zanjabil
7- Tasnim
8- Rahiq Makhtum
KELEBIHAN BERTONGKAT
1- Sunnah para Anbiyak
2- Perhiasan bagi orang yang soleh
3- Senjata atas musuh
4- Menolong orang yang lemah / dho'if
5- Syaitan tidak boleh mengganggunya (syaitan lari daripada pemakainya)
6- Qiblat bagi empunya
7- Menguatkannya apabila penat
8- Merendahkan daripadanya akan orang yang fajir yang jahat
Posted by MUBASSYIR at 5:30 AM
Thursday, June 5, 2008
GAYA TIDUR DEDAH TINGKAH LAKU
JANIN DALAM KANDUNGAN
seorang yang tabah dari segi luaran, tetapi begitu sensitif, pemalu, apabila bertemu seseorang buat kali pertama, tetapi lama-kelamaan menjadi biasa.
bilangan wanita tidur dengan cara ini dua kali ganda lebih banyak, berbanding lelaki.
MENGIRING DAN TANGAN MENGHALA KE HADAPAN
seorang yang terbuka, tetapi sinikal dan mudah sangsi terhadap orang lain, lambat membuat sesuatu keputusan, tetapi sukar mengubah keputusan yang telah dibuat.
TENTERA
tergolong sebagai pendiam, tidak banyak bercakap untuk melahirkan idea atau perasaannya, tidak suka heboh-heboh tentang sesuatu perkara, tetapi pada masa yang sama meletakkan diri pada satu piawaian yang tinggi.
JATUH BEBAS
mudah berkawan dengan sesiapa saja dan suka bertindak melulu, perasaan mudah tegang dan cepat tersinggung, tidak suka dikritik atau situasi yang ekstrem.
TAPAK SULAIMAN
boleh dijadikan kawan kerana selalu sedia menjadi pendengar yang baik dan sentiasa membantu jika perlukan pertolongan, tidak suka jika menjadi perhatian orang lain.
MENELENTANG DENGAN KAKI DAN TANGAN YANG TERBUKA LUAS
seorang yang suka kebebasan dan seorang kekasih yang menyenangkan hati, seorang yang boros, cuma anda bernasib baik kerana berpendapatan lumayan, suka menjaga tepi kain orang dan seronok bergosip.
MENELENTANG DAN KAKI BERSILANG
seorang yang memikirkan tentang dirinya dan sukar menerima perubahan, suka bersendirian tetapi seorang yang boleh bertolak ansur.
MENELENTANG DENGAN KEDUA-DUA BELAH TANGAN DILETAKKAN DIBAWAH KEPALA
mempunyai tahap kebijaksanaan yang tinggi dan bersemangat belajar tentang sesuatu, ada kalanya anda mempunyai banyak idea yang pelik sehingga menyukarkan orang lain mengikutinya, bertanggungjawab terhadap keluarga, sukar jatuh cinta dengan sesiapa atau mungkin kerana anda seorang yang pemilih.
TIDUR MENIARAP DAN KEDUA-DUA BELAH TANGAN DI ANGKAT DAN BENGKOK SEDIKIT
seorang yang tidak berfikiran terbuka, tidak mempedulikan hal orang lain, selalu memaksa orang lain supaya memenuhi keperluan anda, selalu tidak berhati-hati dan kurang teratur.
TIDUR DENGAN CARA SISI
seorang yang berkeyakinan, dapat melihat kejayaan dalam apa juga yang anda lakukan.
Posted by MUBASSYIR at 6:17 PM
Sunday, June 1, 2008
9 PERINGKAT SOLAT
Golongan 1
Imam Malik berkata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu tetapi tidak mahu sembahyang. Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat Islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang.
Golongan 2
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tidak betul, tidak belajar tajwid, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Ilmu tentang sembahyang pun tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.
Golongan 3
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tidak boleh lawan hawa nafsu terhadap tarikan dan kecantikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood yang baik, barulah dia mahu bersembahyang. Kalau sibuk, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka dia tidak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.
Golongan 4
Orang yang sembahyang, menggunakan ilmunya secara tepat, fasih bacaannya, tetapi tidak khusyuk. Kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia sendiri tidak faham, fikirannya tidak terpusat atau tidak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya. Cuma main hafal sahaja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.
Golongan 5
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup 5 waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.
Golongan 6
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke 5 tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba, maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya.
Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga-moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa. Allah belum lagi cinta orang ini.
Golongan 7
Golongan yang mengerjakan sembahyang yang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz di dalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan di luar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya.
Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya, namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.
Golongan 8
Golongan ini seperti juga golongan yang ke 7 tadi, tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia di dalam sembahyangnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya.
Tidak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )
Golongan 9
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan sahaja ibadah sembahyang itu dijiwai di dalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang.
Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, baginda lakukan sembahyang terlebih dahulu, maka di dalam sembahyang itulah panah berkenaan tela di cabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang, makin lazat.
Bagi mereka, sembahyanglah cara untuk lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara mereka mengadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung mereka tidak hiraukan. Apa yang hendak jadi di sekelilingnya langsung tidak di ambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.
Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja.
Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim. Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi !!!!!!!!
SOALAN PERTAMA yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama-sama kita membaiki solat atau sembahyang kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.
Posted by MUBASSYIR at 5:05 PM
apatah lagi kepercayaan tulus, yang juga bukan mudah, untuk dilihat melalui pandangan mata, semua hanya mampu dinilai, oleh pandangan hati yang telus, niatkan diri kita, sebelum berteman, kerana ia adalah permulaan, kepada ukhwah yang sejati, berdoalah kepada allah, agar dipertemukan, sebuah persahabatan, yang akan memanfaatkan diri, yang akan meninggalkan, memori silam, yang bakal menghasilkan, kebahagiaan yang kekal, jangan terlalu memilih, kerana mungkin, disebalik pasir itu, ada mutiara, jangan pula terlalu membuka hati kita, menerima semua untuk menemani kita, masakan disebalik madu itu ada racun, hati yang telus, bila termakan racun, tatkala menaruh madu, kelak hati itu, akan tertutup untuk menerima orang lain, itulah kekecewaan, yang melukakan dan sukar dirawat, hargailah setiap insan, yang menerima diri kita, walau apa jua keadaan, belajarlah untuk menerima teman, yang memperbaiki kita, belajarlah juga, bagaimana untuk menutupi kelemahan teman kita, jadikan persahabatan itu medan perjuangan diri menuju ke jalan allah, berkata-kata baik, berbudi bahasa sesama teman, kelak nanti ia akan menguntungkan kita, jika ada kesalahan, maafkanlah, jika ada kelemahan, perbaikilah, jika ada kebaikan padanya, contohi dia, marilah bersama-sama meniti jambatan kejayaan, terimalah kehadirannya dengan hati yang terbuka, pandangan mata dan impresi awal sering menilai orang lain sebelum menerima mereka, oleh itu berwaspadalah dan berdoalah kepada-Nya agar ikatan yang terbina itu akan kekal, hanya allah yang tahu pengakhirannya, hanya Dialah yang tahu siapa yang layak bersama kita, biarlah kita berteman ramai kerana dalam ramai-ramai itu mungkin ada yang baik untuk kita....
(perempuan yang ku KASIHI) (adalah hasil ciptaan TUHANnya) (yang mengalir cinta) (takut dan harap) (yang menguasai perjalanan hidupnya setiap masa) (sehingga DIA memanggilnya) (perempuan yang aku RINDUI) (adalah perempuan yang diwajahnya terpancar sinar nur ILAHI) (lidahnya basah dengan zikrullah) (di sudut hati kecilnya sentiasa membesar ALLAH) (perempuan yang aku CINTAI) (yang menutup auratnya dari pandangan mata ajnabi) (kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya) (biarpun namanya tidak terkenal di bumi) (tetapi di langit) (ia disanjung tinggi) (perempuan yang aku SAYANGI) (bersyukur dengan apa yang ada) (yang bersabar dengan apa yang tiada) (cinta kepada hidup yang sederhana) (yang tidak bermata dunia) (perempuan yang aku SUKAI) (adalah sejuk mata memandang) (terlihat keluhuran akhlaknya) (menjadi sumber ketenangan jiwa)(bila hati bergelora) (perempuan yang aku IDAMI) (yang mengingatkan hatiku kepada AR-RAHMAN AR-RAHIM) (bila rohku melupai janji pada ILAHI) (perempuan yang aku SANJUNGI) (menjadi dian pada dirinya sendiri) (menjadi pelita kepada bakal putera-puteriku) (untuk meneruskan perjuangan di kemudian hari)
Posted by MUBASSYIR at 12:13 PM


